Wujudkan dasar perlindungan kanak-kanak di sekolah – Permaisuri Johor

JOHOR BAHRU 24 Mei – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menyarankan supaya sekolah di negara ini mempunyai dasar perlindungan kanak-kanak.

Baginda bertitah, dasar itu akan menjadi garis panduan jelas dalam usaha mengutamakan keselamatan kanak-kanak.

“Menurut statistik penderaan kanak-kanak yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 984 kes dilaporkan pada 2014, 978 kes pada 2015 dan 1,034 kes tahun lalu.

“Kes itu meliputi pengeksplotasian seksual dengan mendedahkan kanak-kanak kepada bahan lucah melalui internet, filem dan majalah serta menjadikan mereka sebagai bahan pornografi sama ada di filem dan majalah,” titah baginda selepas merasmikan Kempen TinDAK (Tindak Demi Anak Kita) anjuran Pertubuhan Pergerakan Wanita Johor (Jewel) di Hotel Holiday Villa di sini sebentar tadi.

Source – UTUSAN ONLINE