Permaisuri Johor berangkat ke program bual bicara

http://jewelmalaysia.org/wp-content/uploads/2017/04/23zarith1.transformed.jpg

ISKANDAR PUTERI: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, berkenan berangkat ke program bual bicara mengenai isu pedofilia di negara ini di sini, pagi ini.

Raja Zarith Sofiah yang berangkat tiba pada jam 10.15 pagi turut diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat negeri, Asiah Md Arif.

Program anjuran Pertubuhan Pergerakan Wanita Johor (JEWEL) itu yang diadakan secara percuma, disertai lebih 300 hadirin.

Bermula pada jam 10.30 pagi, program bual bicara dengan tajuk ‘Fenomena Pedofilia di Malaysia’ menjemput aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi, bagi berkongsi pandangan dan perspektif berkenaan isu berkenaan.

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah (empat dari kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembagunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Johor, Asiah Md Ariff (tiga dari kiri) dan Presiden Jewel, Woo Sow Pheng (tiga dari kanan) mendengar ceramah pada majlis forum Fenomena Pedofilia di Malaysia, di Auditorium CIMB Leadership Academy, Iskandar Putri. – Foto Mohd Azren Jamaludin

 

Source

Leave a Reply